Tuesday, September 29, 2009

:: KEAJAIBAN OTAK KANAN ::

Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri.

Otak kiri
Berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.

Otak kanan
Melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.

Kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

Diantara keistimewaan yang dikecapi oleh individu yang memiliki otak kanan yang kuat :

  • Mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan.
  • Daya konsentrasinya sangat tinggi.
  • Kefahaman bahasa yang ulung.
  • Tidak pernah kering idea.
  • Kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu.
  • Daya penelitian dan pengamatan yang tinggi.
  • Mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi.
  • Mudah memahami sesuatu yang abstrak (hakikat sesuatu).
  • Memiliki kekuatan berfikir (power of thinking).
  • Memiliki kemahiran belajar secara cemerlang (power of learning).
  • Memiliki tindakan dan tindak balas yang cepat (power of reflects).

No comments:

Post a Comment