Wednesday, September 30, 2009

:: 7 TEKNIK MOTIVASU DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN ::

Teknik 1

Kekalkan Imej Kejayaan

Teknik utama yang ingin dikongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda.Fikirkan, apakah imej kejayaan yang anda ingin isi dalam minda anda? Mungkin anda boleh bayangkan imej kejayaan ketika mengambil keputusan peperiksaan.Fikirkan apa imej yang anda ingin kekalkan di dalam minda anda untuk terus rasa bersemangat.


Teknik 2

Dekati Sahabat Berfikiran Positif

Dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.Jadi, cari pelajar lain atau kawan anda sendiri yang selalu bersemangat berusaha untuk berjaya. Luangkan masa bersama mereka. Ikut langkah mereka dalam belajar dengan bijak. Berkongsi pendapat dan ilmu bersama mereka tentang cara terbaik untuk mencapai matlamat anda untuk peperiksaan. Insyaallah, anda akan berjaya.


Teknik 3

Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif

Selalunya kawan-kawan yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan semangat anda. Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-cita untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata bahawa anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda. Kawan-kawan anda yang berfikiran negatif juga selalunya mudah berputus-asa. Mereka tidak mahu berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, mereka mula berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempengaruhi anda untuk berputus-asa. Jadi, jauhi kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus-asa. Ingat, hanya jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.


Teknik 4

Mulakan dengan api yang kecil

Teknik motivasi diri menjelang peperiksaan yang keempat ialah, mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Ada dua kaedah utama untuk menyalakan api semangat yang kecil ini.
1. Menguasai satu bahagian kecil subjek
2. Mencari faktor atau perkara yang boleh menyalakan api semangat yang kecil itu.


Teknik 5

Lakonkan Watak Kejayaan

Yang kelima in adalah agak penting. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, jika anda hendak mengekalkan motivasi diri, anda perlu mengekalkan imej kejayaan dan imej positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon. Ya, berlakon! Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia.


Teknik 6

Kurangkan Tekanan Perasaan

Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi? senaraikan 10 sebab mengapa anda tertekan dan kesan-kesannya..kemudian baca semula.Anda akan mengetahui bahawa tekanan akan membuatkan anda menghampiri kegagalan anda hendaklah bertenang dan sentiasa berzikir kerana zikir adalah sumber ketenangan.


Teknik 7

Doa

Tips7 untuk motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin dikongsikan adalah teknik yang paling penting dan meliputi semua teknik-teknik yang telah saya berikan. Jangan fikir ini teknik terakhir maka ia tidak penting! Teknik ini diletakkan di bahagian teknik paling akhir kerana anda perlu faham teknik pertama hingga keenam dahulu sebelum anda boleh kuasai teknik ke tujuh ini.


Untuk penerangan lanjut..lawati..


No comments:

Post a Comment